Langkah-Langkah Pemasangan PC
Langkah 1: Menyediakan Alat dan Ruang
Langkah pertama ialah
menyediakan alat dan ruang kerja yang diperlukan. Untuk memasang computer anda
memerlukan sekurang-kurangnya satu pemutar skru philips, satu pemutar skru flat
blade dan satu long nose plier. Anda juga hendaklah menyediakan satu kotak
kecil atau bekas kecil untuk menyimpan skru dan komponen yang kecil. Set
computer service kit mempunyai semua peralatan yang diperlukan untuk pemasangan
PC.
Langkah 2: Pemasangan CPU
CPU mempunyai 2 permukaan utama atas dan bawah. Permukaan atas biasanya
rata manakala permukaan bawah pula dipenuhi dengan pin-pin. Sebelum
memasang ke CPU Motherboard ,semak dulu pin-pin. Pastikan CPU dipasang pada
permukaan yang betul kepada soketnya di motherboard. Biasanya ada ruang kosong
antara hujung pin.
Langkah 3: Pasang RAM (memori)
Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah),
sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot
RAM ini mempunyai bonggol pada kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan
betul berpandukan bentuk kaki RAM dan bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu
hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk memastikan RAM betul-betul
ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi langkah jika
lebih daripada satu RAM dipasang. Contoh pada rajah 3.1.
rajah 3.1 |
nota: Modul RAM dan slot RAM dibuat daripada plastic
dan akan retak atau pecah sekiranya anda memaksa ke dalam slot dalam arah yang
salah.
Langkah 4: Pasang Motherboard ke dalam Casing(perumah)
Buka casing (perumah). Masukkan motherboard (papan
induk) ke dalam casing. Laraskan kedudukan papan induk supaya lubang skru pada
motherboard selaras dengan metal stand-off yang dipasang pada casing. Skrukan
motherboard pada casing. Lihat rajah 4.1.
rajah 4.1 |
Biasanya bekalan kuasa(power supply) disertakan
sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan,pasang bekalan kuasa
kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah dari
jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard
ATX).Pasang soket kuasa untuk motherboard (dari bekalan kuasa) kepada palam
kuasa motherboard.Jenis ATX mempunyai 20 pin. Masukkan pada kedudukan yang
betul berpandukan bentuk dan pengunci palam tersebut. Lihat rajah 4.2.
rajah 4.2 |
Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-fungsi ini
kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan Pasang juga wayar untuk
speaker casing
pada soket yang disediakan. Lihat rajah 4.3.
pada soket yang disediakan. Lihat rajah 4.3.
rajah 4.3 |
Langkah 5: Pasang Pemacu Storan(hard dik), Pemacu CD dan Pemacu Disket
Setiap motherboard biasanya menyokong sehingga 6
pemacu storan (4 untuk hardisk atau pemacu cd – slot IDE; 2 untuk pemacu disket
– slot FDD).Slot yang menyokong hardisk atau pemacu cd digelar slot IDE. Motherboard
biasanya didatangkan dengan 2 slot ini. Setiapnya boleh menyokong dua pemacu
storan (master & slave) yang disambung dengan kabel IDE.Jika anda ingin
menggunakan satu kabel IDE sahaja untuk menghubungkan motherboard kepada
hardisk dan pemacu cd, set jumper pada kedua-dua pemacu storan tersebut; satu
master & satu slave (panduan biasanya disediakan pada label yang dilekatkan
di atas pemacu storan tersebut).
Selepas itu,
masukkan pemacu cd dan pemacu disket ke dalam ruang yang disediakan pada bahagian depan casing. Untuk
hard disk pula, masukkannya pada ruang dalam kerangka (digelar bay) casing. Masukkannya pada
kedudukan yang sesuai dan selari dengan lubang skru. Skrukan pemacu kepada kerangka casing.
Lihat rajah 5.1.
rajah 5.1 |
Palam kan kabel IDE ke palam
IDE dan dan kabel FDD ke palam FDD pada motherboard. Sambungkan kabel IDE dan kabel kuasa (4 pin besar dari power supply)
kepada hardisk dan pemacu cd. Sambungkan
juga kabel FDD dan bekalan kuasa (4 pin kecil) kepada pemacu disket. Lihat rajah
5.2.
rajah 5.2 |
Langkah 6:
Pasang Kad Grafik (Graphic Card)
Kad grafik biasanya
menggunakan palam AGP (berwarna coklat). Pastikan kad grafik anda
menggunakan palam yang sama dengan yang disediakan oleh motherboard. Kad generasi kini menggunakan palam PCI Express. Masukkan kad grafik anda dengan baik ke dalam palamnya dan skrukan ia kepada casing. Lihat rajah 6.1.
menggunakan palam yang sama dengan yang disediakan oleh motherboard. Kad generasi kini menggunakan palam PCI Express. Masukkan kad grafik anda dengan baik ke dalam palamnya dan skrukan ia kepada casing. Lihat rajah 6.1.
rajah 6.1 |
Langkah 7: Masukkan Kad PCI lain
Slot PCI pada motherboard biasanya berwarna putih dan panjang sedikit daripada slot AGP. Iaadalah slot yang universal dan menyokong pelbagai jenis kad
seperti kad bunyi, kad modem, kad rangkaian dan sebagainya. (Cuba elakkan penggunaan slot 1
PCI kerana ia berkongsi IRQdengan AGP – boleh mengurangkan prestasi kad)Masukkan kad (sebagai contoh
kad bunyi) ke dalam slot PCI dengan kemas dan skru ia pada casing.
Langkah 8: Pemasangan
perkakasan I/O dan kabel kuasa
Pasang perkakasan I/O
(input / output) seperti mouse dan keyboard pada port PS/2 (keyboardpada palam
ungu; mouse pada palam hijau), palam vga monitor kepada palam vga kad
grafik(berwarna biru), dan wayar kuasa kepada power supply dan monitor.PC kini
sudah boleh diuji. Sambungkan palam wayar kuasa ke soket dan hidupkan
suis.
0 ulasan:
Catat Ulasan